Want your own Fotopage?

|
|
Syannie's FotoPage
 By: Syamsuri Saari
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
|
[<< < [1] 2 3 > >>] [Archive]
|
|
|
|
| Monday, 27-Apr-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Nur Arina Nasrin Nisrina - Gegirl Kesayangan Mama & Abah
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 26-Apr-2009 02:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Nur Arina Nasrin Nisrina - Anugerah Ilahi Untuk Kami.
|
|
Assalamualaikum Gegirl kesayangan Mama dan Abah...
Jauh sebelum kau hadir dalam kehidupan Abah dan Mama, kami sentiasa bermohon kepada Allah Swt agar dikurniai keturunan yang soleh dan solehah, yang taat kepada Allah, berbakti kepada orang tua, rajin beribadah dan belajar, serta dapat menjadi penerus dakwah Ilallaah.
Banyak rencana yang kami rancang, agar kelak bila kau hadir, kami sudah siap menjadi orang tua yang baik dan mampu mendidikmu dengan didikan yang sesuai dengan dinnul Islam, tuntunan kita seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah Saw kepada kita.
Abah dan Mama ingin, kelak bila Allah mengamanahkan kepada kami seorang puteri, maka dia akan berakhlaq seperti akhlaqnya Fatimah puteri Rasulullah, dan bila Allah mengamanahkan seorang putera, maka dia akan seperti Ali.
Setelah tanda kehadiranmu mulai nampak, Mama sering mual, muntah-muntah, sakit kepala dan sering mau pengsan, Mama dan Abah bersyukur kepada Allah di atas kurniaNya, kami menjagamu sepenuh hati, serta sentiasa berharap, kelak kau lahir sebagai anak yang sihat, sempurna dan menyenangkan.
Sejak dalam rahim, kami cuba menanamkan kalimat-kalimat tauhid kepadamu dan berupaya mengenalkanmu kepada Sang Pencipta, dengan bacaan ayat-ayat suci-Nya, dengan senandung-senandung selawat Nabi, dengan nasyid-nasyid yang membangkitkan semangat dakwah dan rasa keimanan kepada Allah yang Esa.
Saat kau akan lahir, Mama merasakan sakit yang amat sangat, seolah berada antara hidup dan mati, namun Mama tidak mengeluh dan putus asa, kerana bayangan kehadiranmu lebih Mama rindukan dibanding dengan rasa sakit yang Mama rasakan. Mama dan Abah tak henti-hentinya berdoa, memohon ampunan dan kekuatan kepada Allah. Abahpun tidak tidur beberapa malam untuk memastikan kehadiranmu, menemani dan menguatkan Mama, agar sanggup melahirkanmu dengan sempurna. Bacaan zikir dan istighfar, mengiringi kelahiranmu.
Begitu kau lahir, sungguh rasa sakit yang amat sangat sudah terlupakan begitu saja. Setelah tangismu terdengar, seolah kebahagiaan hari itu hanya milik Mama dan Abah. Air mata yang tadinya hampir tak henti mengalir kerana menahan sakit, berganti menjadi senyum bahagia menyambut kelahiranmu. Mama dan Abah bersyukur kepada Allah Swt, kemudian Abah melantunkan bacaan azan dan iqamat ditelingamu, agar kalimat yang pertama kali kau dengar adalah kalimat Tauhid yang harus kau yakini dan kau taati selama hidupmu.
Saat pertama kali kau hisapi air susu Mama, Mama merasakan kenikmatan dan kebahagiaan yang tiada taranya. Mama ingin memberikan semuanya kepadamu, agar kau segera tumbuh besar dan sihat. Mama berupaya supaya susu ini dapat mencukupi keperluanmu. Mama berupaya untuk selalu dekat denganmu, dan selalu mengajakmu kemanapun Mama pergi, supaya sampai bilapun kau lapar, Mama selalu bersedia memberikan air syurgawi kurnia Ilahi itu kepadamu.
Mama dan Abah berusaha untuk selalu siap sedia menjagamu, bilapun dan dalam keadaan apapun. Saat malam sedang tidur lelap, Mama dan Abah akan terjaga bila kau tiba-tiba menangis kerana kebasahan atau kelaparan. Dan semuanya, Mama dan Abah lakukan dengan senang hati, tanpa rasa geli dan jijik.
Sejak kau masih dalam ayunan, Mama sentiasa membacakan doa dalam setiap kegiatan yang akan kau lakukan. Mama bacakan doa mau makan ketika kau hendak makan, doa mau tidur ketika kau mau tidur, dan doa apa saja yang harus kau tahu dan kau amalkan dalam kehidupan keseharianmu. Mama bacakan selalu ayat kursi dan surat-surat pendek satu persatu setiap malam, dikala mengantarmu tidur, ayat-per ayat dan Mama ulang berkali-kali hingga kau sanggup mengingatnya dengan baik, dengan harapan kau besar nanti menjadi penghafal Al Quran.
Gegirl kesayangan Mama dan Abah...
Kehadiranmupun memberikan kepada Mama dan Abah pelajaran yang sangat berharga, kau mengingatkan kami tatkala masih sepertimu. Mengingatkan dengan lebih kuat lagi, betapa besar pengorbanan yang dilakukan oleh datuk nenekmu kepada kami, hingga Mama dan Abah dewasa dan bahkan sampai menjadi orang tua seperti mereka.
Mama dan Abah sangat menyayangimu, kerana kami ingin kaupun menjadi anak yang penyayang terhadap sesama insan. Kami hampir selalu menyertakan kata sayang dibelakang namamu saat memanggilmu, supaya hatimu senang dan gembira bersama Mama dan Abah.
Bila Mama dan Abah tidak mau melayanimu untuk hal-hal yang sudah dapat kau lakukan sendiri, itu bukan bererti kami tidak menyayangimu, tapi justeru sebaliknya. Kerana Mama dan Abah sayang sekali padamu, kau tidak boleh terlalu dimanjakan, hingga saat kau besar nanti, kau jadi anak yang tahu berdikari dan serba boleh.
Maafkan Mama dan Abah bila sekali waktu (atau bahkan sering) memarahimu ketika kau membuat kesalahan yang berulang-ulang. Sungguh, sebenarnya Mama dan Abah tak ingin memarahimu, namun kamipun sedar bahawa kau harus tahu dan harus dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah, agar saat kau dewasa dan telah bergaul dengan masyarakat umum nanti, kau bisa memilih untuk selalu melakukan yang haq dan meninggalkan yang bathil. Semoga kau tidak salah sangka.
Inilah harapan Mama dan Abah kepadamu, sangat banyak dan sangat ideal. Oleh kerananya, kami sentiasa memohon petunjuk dan bimbingan dari Allah Yang Esa, yang Berkuasa dan Maha Agung, agar tidak salah langkah dalam mendidikmu.
"Robbanaa hablanaa min azwaajinaa wadzurriyaatinaa qurrota a’yun waj’alnaa lilmuttaqiina imaaman. Amiin..."
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 17-Jul-2008 02:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 3-Jun-2008 09:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Second Phase of Ranhill ICT TeamBuilding @ Jerejak Island Resort
|
|
Pulau Jerejak ialah sebuah pulau yang kecil di selatan Pulau Pinang, Malaysia yang terkenal pada suatu ketika sebagai sebuah petempatan untuk banduan yang dibuang negeri. Luasnya 362 hektar.
Pulau Jerejak kini boleh ditiba dengan menaiki feri kecil dari Bayan Lepas.
Sejarah.
Francis Light, pengasas Pulau Pinang, dikatakan tiba lebih dahulu di Pulau Jerejak pada awal tahun 1786 sebelum menuju ke Pulau Pinang. Pada tahun 1797, Kolonel Arthur Wellesley mencadangkan bahawa Pulau Jerejak dijadikan tapak untuk Fort Cornwallis (Kota Cornwallis). Cadangannya untuk membina sebuah pangkalan tentera di Pulau Jerejak berdasarkan tujuan untuk mengawal bandar Jamestown yang kini dikenali sebagai Bayan Lepas.
Pada awal tahun 1794, sebuah wabak malaria yang amat mungkin diakibatkan oleh pemugaran hutan untuk mengasaskan Georgetown mengorbankan banyak nyawa, termasuk juga James Light pada dirinya. Oleh itu, Wellesley tidak menyokong Pulau Pinang sebagai tapak untuk Kota Cornwallis. Walaupun demikan, cadangan Wellesley tidak diterima kerana Georgetown telah menjadi sebuah pelabuhan yang menguntungkan dan Jamestown atau sebarang kemudahan ketenteraan di Pulau Jerejak jelas tidak diperlukan.
Diakibatkan oleh keputusan Francis Light yang awal bahawa pendatang akan dibenarkan memiliki apa-apa sahaja tanah yang dipugar oleh mereka, Pulau Pinang dibanjiri oleh pendatang-pendatang. Sebagai langkah mencegah, semua pendatang harus diperiksa di pusat pemeriksaan kesihatan Pulau Jerejak sebelum dibenarkan mendarat di Pulau Pinang.
Pada tahun 1910, Pulau Jerejak dijadikan sebuah pusat kuarantin kesihatan untuk para pendatang, dan pada akhir dekad 1930-an, sebuah hospital kusta dibina di bahagian timur pulau ini.
Sebuah tugu peringatan telah dibina di Pulau Jerejak untuk dua orang anak kapal daripada Angkatan Tentera Laut Empayar Rusia yang maut apabila penjajap Zhemchug ditenggelamkan oleh penjajap Emden daripada Tentera Marin Kaiserliche dalam Pertempuran Pulau Pinang pada 28 Oktober 1914. Ini adalah salah satu daripada hanya beberapa kejadian yang berlaku di kawasan Malaysia semasa Perang Dunia I.
Selepas Perang Dunia II, terdapat kenaikan bilangan mangsa batuk kering dan oleh itu, sebuah sanatorium telah dibina untuk mangsa-mangsa penyakit tersebut di Pulau Jerejak. Pada 12 Jun 1969, Pusat Pemulihan Jerejak diasaskan sebagai sebuah penjara keselamatan tertinggi dan oleh itu, Pulau Jerejak mendapat nama samaran, Alcatraz Malaysia. Pusat ini akhirnya ditutup pada Ogos 1993.
Perkembangan Terkini.
Rancangan-rancangan telah dicipta untuk membangun semula Pulau Jerejak menjadi sebuah tempat peranginan pada tahun 2000. Inilah satu-satunya alasan untuk menutup semua institusi yang tidak "begitu baik" namanya di pulau ini, seperti sanatorium dan penjara.
Pada Januari 2004, Jerejak Resort & Spa dibuka untuk perniagaan. Tempat peranginan ini dibina di atas kawasan yang dahulunya merupakan pusat rawatan kusta. Pembangunan ini menimbulkan agak banyak perbalahan, dengan rasa bimbang terhadap penghapusan tinggalan dan warisan bersejarah pulau ini secara sistematik, serta juga kesannya kepada ekosistem Pulau Jerejak yang mudah terjejas.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 27-May-2008 02:04 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Konvokesyen ke 68 UiTM
|
|
"Graduation (Friends Forever)" by Vitamin C
And so we talked all night about the rest of our lives
Where we're gonna be when we turn 25
I keep thinking times will never change
Keep on thinking things will always be the same
But when we leave this year we won't be coming back
No more hanging out cause we're on a different track
And if you got something that you need to say
You better say it right now cause you don't have another day
Cause we're moving on and we can't slow down
These memories are playing like a film without sound
And I keep thinking of that night in June
I didn't know much of love
But it came too soon
And there was me and you
And then we got real blue
Stay at home talking on the telephone
We would get so excited and we'd get so scared
Laughing at ourselves thinking life's not fair
And this is how it feels
[1] - As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
Come Whatever
We will still be
Friends Forever
So if we get the big jobs
And we make the big money
When we look back now
Will our jokes still be funny?
Will we still remember everything we learned in school?
Still be trying to break every single rule
Will little brainy Bobby be the stockbroker man?
Can Heather find a job that won't interfere with her tan?
I keep, I keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly
And this is how it feels
As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
Come Whatever
We will still be
Friends Forever
La, la, la, la:
Yeah, yeah, yeah
La, la, la, la:
We will still be friends forever
Will we think about tomorrow like we think about now?
Can we survive it out there?
Can we make it somehow?
I guess I thought that this would never end
And suddenly it's like we're women and men
Will the past be a shadow that will follow us 'round?
Will these memories fade when I leave this town
I keep, I keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly
As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
Come Whatever
We will still be
Friends Forever
As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
Come Whatever
We will still be
Friends Forever
As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
Come Whatever
We will still be
Friends Forever
|
|
|
|
|
|
| Monday, 5-May-2008 05:32 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Huhuhu.. Berjaya juga akhirnya...
|
 |
|
Peta ke Red Flame Garden, Wisma KaguMas Bandar Baru Bangi, Sel.
|
|
 |
|
Kad Jemputan... Datang le... Bawak adiah...
|
|
|
|
Akhirnya... insyaAllah berjaya juga aku kawin... semoga allah permudahkan impian aku ni... ni ada kad jemputan yang korang tunggu² tu.. apa lagi donlod ar masuk pc korang. print pastu tulis ar nama sendiri. peta tu tak berapa clear sebab aku dapat dari org red flame garden tu. mana tak dia copy aku pun tak tau...
korang jgn lupa lak bawah hadiah besar²... adiosh....
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 4-May-2008 01:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sekitar Majlis Pertunangan aku...
|
|
Allhamdulillah...
Tarikh: 03 Mei 2008 (Sabtu)
Tempat: Kajang Perdana
Masa: 12.30 Tengahari
Tema: Merah hati (perempuan) & Biru Saloon (lelaki)
Alhamdulillah dan syukur kehadrat Illahi kerana mengizinkan majlis pertunangan aKu 'Syamsuri Saari' dan 'Nor Ainani Ilyani Ainuddin' pada 03 Mei 2008, berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan walaupun pada mulanya cincin pertunangan dan untuk istiadat merisik sebenarnya tertinggal di Pahang. Nasib baik tindakan pantas Maksu pegi beli cincin yang lain sebagai ganti sempat juga dijalankan disaat-saat akhir, -Alhamdulillah... Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah banyak membantu dalam menguruskan majlis pertunangan ini...Tidak lupa juga ucapan terima kasih pada keluarga dan sanak saudara kerana sabar menunggu ketibaan rombongan keluarga aKu serta memberi layanan yang cukup istimewa...Oleh Kerana ramai yang request nk tgk gambar2 aKu bertunang, so korang tgk la gambar2 kt atas nie yerk...sekitar majlis pertunangan aku....
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 28-Feb-2008 05:38 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 8-Sep-2007 03:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Taman Tasik Shah Alam
|
 |
|
Acara makan² dimulakan setelah penat cari port.
|
|
 |
|
Bangunan SIRIM tu nampak kecik je bila dua beradik ni interframe
|
|
 |
|
Isk... apa pulak yang bergerak² kat belakang ni..
|
| | View all 18 photos... |
|
Taman Tasik Shah Alam terletak di tengah pusat bandar Shah Alam yang menggabungkan tiga buah tasik buatan manusia. Tasik -tasik ini adalah Tasik Damai di sebelah timur, Tasik Indah di bahagian tengah dan Tasik Permai di sebelah barat.
Terdapat lanskap yang indah dan menghijau, kawasan seluas 43 hektar ini turut menjadi habitat kepada hidupan air tawar. Di sini, juga terdapat burung undan, burung merak dan pelbagai spesis burung serta terdapat juga ayam hutan yang dipelihara. Sememangnya ketenangan boleh didapati di Taman Tasik Shah Alam ini.
Sumber: http://www.mbsa.gov.my
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 12-May-2007 09:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kuantan - Shah Alam - Kajang - Shah Alam - Kuantan
|
|
|
Hari tu... sempena cuti hari hol negeri pahang, kitorg pegi tengok batrisyia kat shah alam.. sesambil tu pegi le tengok kak cho, sebab dia sorg je yang belom nengok anak sedara pertama dia tu.. sian kak cho, duk asrama jauh dari famili.. maahad hamidiah kat kajang, selangor... bagus sekolah ni, terapkan nilai agama + selalu dalam ranking pelajar terbaik...
|
|
|
|
|
|
|
[<< < [1] 2 3 > >>] [Archive]
|
|
|
|